Sunday, July 20, 2008

Jom cerita tentang bisnes.

Saya baru 5 tahun dalam bisnes.
Sekarang ni buat bisnes katering dan membekal cenderahati koperat.
Dua-dua bisnes ni ada potensi.
Bisnes katering
Saya memulakan perniagaan katering ini dengan bermodalkan lebih kurang RM5k sahaja.
kini aset yg saya ada hanya baru menjangkau RM100k lebih.

Katering berkonsep perkhidmatan koperat memang banyak sambutan dan harga tidak menjadi masalah bagi pelanggan.Selain makanan yang sedap, perkhidmatan yang baik dan
berketrampilan, kekurangan modal pusingan dan mencari staff yang berkualiti adalah satu cabaran selain dari cabaran-cabaran yang lain.
Banyak tempahan yg saya terima tetapi terpaksa ditolak disebabkan perkara tadi.
Memang ada peningkatan tetapi perkara tadi membuatkan bisnes tak bergerak.
Nak tunggu 'payment' amat menyeksakan.
Biasalah bila dapat sikit, premis nak dibayar,van,staff & kos lain perlu dibayar.
Nak buat pinjaman?dah meluat!dah berpuluh kali pegi,dah beratus habis buat rp,minyak, masa,
penat, tak juga dapat.
Sebagai peniaga baru dan seminggu 3 kali ada katering,pemborong barang mana nak bagi credit.
Semua nak kena bayar cash, lagi plak pemborong boleh dikatakan hampir 95% bukan bumiputera.
Tetapi bila bekal kepada pelanggan seperti Sektor Kerajaan dan berkaitan bayaran lambat,Macamana usahawan bumiputera nak bergerak.Mungkin pihak atasan memberi arahan kepada yang dibawah tetapi mungkin juga tiada susulan.
Bukan semua peniaga bumiputera malas,tetapi disebabkan beberapa faktor ianya tidak bergerak.
Bisnes saya banyak permintaan tetapi terpaksa ditolak kerana tiada modal lagi.
alasan saya berikan kepada pelanggan'kami dah penuh'.
sehingga ada yang sanggup membayar lebih,tetapi apakan daya.....
Lama-kelamaan pelanggan akan beralih kepada syarikat lain.
Ini tidak baik dari segi prestasi syarikat.
Apa pun saya tabah untuk meneruskan bisnes ini.kalau ikutkan hati balik 'makan gaji'.
Kini saya masih menuggu 'payment' yang berpuluh ribu yang telah dibekalkan.
kepada rakan usahawan jom cerita bisnes anda disini.